top of page
Permohonan bagi kawasan sedia ada / Brownfield.
 
  • Permohonan hendaklah dikemukakan oleh penyedia Utiliti bagi menjalankan kerja-kerja penggalian di laluan kemudahan utiliti.

  • Bagi setiap permohonan mestilah dimaklumkan kepada Pihak Berkuasa jalan melalui Penyelia Utiliti

  • Permit Kerja dan izinlalu akan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa jalan melalui penyelia utiliti.

  • Pihak Penyedia Utiliti tidak dibenarkan menajalankan sebarang kerja-kerja penggalian sebelum permit dapat dikeluarkan.

  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan ditolak sekiranya tiada makluman dalam tempoh tidak lebih 14 hari dari tarikh permohonan.

  • Mulai Januari 2015, semua pendaftaran permohonan secara atas talian sahaja yang akan diterima dan diproses.

  • Caj wang proses pendaftaran sebanyak RM30.00 akan dikenakan untuk setiap pendaftaran permohonan dan perlu dijelaskan sewaktu membuat pendaftaran.

  • Pembayaran boleh dibuat secara atas talian (online) melalui portal pembayaran paypal, EFT, FPX, GIRO dan perbankan internet.

 

Kerja-Kerja Terancang.

  • Permohonan mestilah dibuat tidak kurang dari tempoh 1 bulan dari tarikh kerja dimulakan.

  • Setiap permohonan akan dikenakan caj bayaran wang proses sebanyak RM 30.00 sahaja ketika membuat pendaftaran permohonan.

  • Semua pendaftaran permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sahaja. Sebarang permohonan yang dihantar secara serahan, surat / pos, fax atau e-mail tidak akan dilayan.

  • Setiap permohonan perlu didaftarkan terlebih dahulu bagi mendapatkan kelulusan izinlalu dan ulasan dari Pihak Berkuasa yang Meluluskan. Klik dipautan ini untuk mendapatkan Senarai Semak (Checklist) kelulusan Izinlalu bagi kerja-kerja terancang.

  • Pemohon akan dimaklumkan melalui e-mail atau surat bagi mengesahkan penerimaan pendaftaran permohonan dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan dibuat.

  • Sebaik sahaja kelulusan izinlalu diterima, penyedia utiliti dikehendaki untuk melengkap butiran permohonan bagi mendapatkan kelulusan Permit Kerja (Work Permit) dalam tempaoh 1 bulan dari tarikh kelulusan.

  • Sila rujuk Senarai Semak (Checklist) bagi kelulusan Permit Kerja sebelum kerja-kerja penggalian dapat diteruskan.

  • Surat sonsongan akan dihantar kepada pemohon bagi mengesahkan dokumen dan kelengkapan sebelum permohonan dapat diproses. Sekiranya lengkap, maka permohonan akan diteruskan sehingga permit kerja dapat dikeluarkan. Sekiranya permohonan didapati tidak lengkap, maka pemohon dikehendaki untuk melengkapkan butiran yang tertingal dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat.

  • Kegagalan pemohon untuk memberikan maklumbalas dalam tempoh yang diberikan akan menyebabkan permohonan ditolak.

 

 

Kerja-kerja Khas (Bawah 200m).

  • Semua Kerja-Kerja Penggalian kurang dari 200m dan kerja-kerja diluar jangka adalah tergolong dalam kategori Kerja-kerja khas.

  • Terdapat 4 jenis kelas dalam kategori ini iaitu:

    Kecemasan / luar jangka (Emergency)

    Penyelenggaraan (Maintenance)

    Penyambungan (Tapping)

    Pengalihan (Rehabilitation Works)

  • Bagi kerja-kerja penggalian luar jangka atau kecemasan sahaja; satu laporan atau arahan kerja daripada penyedia utiliti perlu disertakan.

  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh tidak lebih daripada 24 jam dari waktu kerja dimulakan.

  • Makluman akan diberikan kepada Pihak Berkuasa Jalan bagi mengesahkan kejadian.

  • Permit Kerja bagi penggalian luar jangka akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam. 

  • Sila rujuk Senarai Semak (Checklist) bagi mempercepatkan proses mendapatkan kelulusan permit kerja bagi kerja-kerja penggalian luar jangka.

bottom of page