top of page

Penyelia Utiliti Negeri Johor

Perisind Venture telah ditubuhkan dalam tahun 2007. Penubuhan Penyelia Utiliti secara amnya adalah bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pihak Berkuasa Jalan (PBJ) dalam perancangan perletakan laluan kemudahan utiliti atau lebih dikenali sebagai Koridor Utiliti.

 

Laluan Kemudahan Utiliti seperti yang termaktub di dalam Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti adalah bermaksud ruang khas yang disediakan untuk menempatkan laluan paip atau kabel untuk kemudahan utiliti yang dikongsi bersama oleh penyedia-penyedia perkhidmatan utiliti.

 

 

"Infrastruktur dan utiliti memainkan peranan yang penting dalam membentuk persekitaran kehidupan manusia yang berkualiti. Walaupun begitupenempatan lalauan utiliti seringkali tidak dirancang dari peringkat awal cadangan pembangunan" - GP 006-A Garis Panduan Perancangan, JPBD (2011).

 

 

Selaku Penyelia Utiliti yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Johor, peranan serta objektif kami adalah :

 

  • Merancang dan menguruskan Koridor Infrastruktur Utiliti di Negeri Johor

  • Menggalakkan pembangunan 'Duktus Komunikasi Gunasama' serta 'Infrastruktur Bestari' di seluruh Negeri Johor.

  • Mewujudkan 'Sistem Pangkalan Data Infrastruktur Utiliti' yang lengkap serta komprehensif bagi seluruh Negeri Johor.

bottom of page