Dasar Terma & Syarat dan Privasi Kepenggunaan
Terma kepenggunaan dan dasar polisi ini menggariskan terma & syarat penggunaan laman ini yang mana pengguna hendaklah memahami serta bersetuju dengan segala syarat, terma dan dasar yang dipaparkan pada laman ini sebelum menggunakan atau membuka mana-mana bahagian dalam laman sesawang ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma-terma & syarat kepenggunaan laman ini, maka anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan laman sesawang ini.
Dasar Privasi Kepenggunaan
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikehendaki oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar emel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklumbalas dari agensi-agensi lain.
Maklumat Yang Dikumpul.
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui emel.
Apa Yang Akan Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Kepada Laman Web Yang Lain.
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Perlindungan Data.
Teknologi terkini termasuk enkripsi data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan.
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai
Pindaan Dasar.
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemaskini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang terkini dan cara penggunaan laman ini.
Dasar Terma & Syarat dan Privasi Kepenggunaan
Terma kepenggunaan dan dasar polisi ini menggariskan terma & syarat penggunaan laman ini yang mana pengguna hendaklah memahami serta bersetuju dengan segala syarat, terma dan dasar yang dipaparkan pada laman ini sebelum menggunakan atau membuka mana-mana bahagian dalam laman sesawang ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma-terma & syarat kepenggunaan laman ini, maka anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan laman sesawang ini.
Terma & Syarat Penggunaan
Notis Hakcipta.
Hakcipta Laman Web PVSB dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan PVSB kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini bolah diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersial dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada PVSB.
Produk-produk lain, logo dan syarikat atau organisasi yang tercatat di dalam laman web ini adalah kepunyaan syarikat atau organisasi tersebut.
Penafian.
Pihak agensi atau Kerjaan Negeri khususnya atau Kerajaan Malaysia secara amnya tidak akan bertanggungjawab diatas segala kerosakan atau kerugian akibat langsung daripada penggunaan laman sesawang ini ataupun maklumat yang diperolehi daripada laman ini atau mana-mana bahagian daripada laman sesawang ini. Pengguna adalah dinasihatkan agar memastikan capaian yang dibuat melalui laman ini adalah menggunakan terminal-terminal yang bebas daripada segala ancaman virus atau godaman.
Maklumat & Data Peribadi.
Pihak agensi tidak akan sama sekali mengumpulkan atau menyimpan sebarang maklumat peribadi pengguna melainkan telah mendapat persetujuan serta pengesahan daripada pengguna itu sendiri dan maklumat-maklumat ini tidak akan disebarkan ataupun diserahkan kepada mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan dan pengetahuan pengguna itu sendiri. Namun terdapat sesetengah maklumat pengguna yang akan dihantar melalui pesanan ringkas atau mel elektronik yang membawa kepada pendedahan kepada pihak lain atau dikongsi oleh pihak ketiga serta berada diluar kawalan serta pemantauan PVSB, maka pihak PVSB tidak akan bertanggungjawab keatas hal yang demikian.
Penggunaan ID Pengguna dan Katalaluan.
Sesetengah bahagian pada laman sesawang ini memerlukan pengguna mendaftar sebagai pengguna yang berdaftar dan memerlukan penggunaan kata nama (User ID) dan katalaluan (password) bagi memberikan akses kepada pengguna mencapai laman-laman yang lebih sensitif serta mengandungi maklumat-maklumat yang terkawal. Oleh yang demikian, terdapat laman-laman yang hanya boleh diakses oleh pengguna yang berdaftar sahaja serta memiliki akses yang dibenarkan.