top of page

Sistem Koridor

svc_koridor

Sistem KORIDOR adalah sistem Pengurusan Koridor Utiliti Bersepadu yang digunakan oleh Penyelia Utiliti dalam menguruskan segala keperluan daripada proses pendaftaran, permohonan dan pegeluaran permit. Sistem ini telah dibangunkan menggunakan teknologi terkini dalam aplikasi web serta menggunakan kaedah GIS dalam pengurusan harian. Sistem kolaborasi pertama seumpamanya ini menghubungkan antara penyedia utiliti, penyelia utiliti dan pihak berkuasa yang meluluskan. 

 

 

 

Penyedia Utiliti

Jururunding

Pemaju

Kontraktor

Pihak Berkuasa Melulus (PBM)

- PBT

- PBJ

- PD

Penyelia Utiliti

Segala maklumat yang diperolehi akan dimasukkan ke dalam satu Pangkalan Data yang akan digunakan bersama dalam perancangan pembangunan infrastruktur negeri.Pangkalan data ini dikenali sebagai PADU (Pangkalan data Utiliti).

 

Sistem koridor boleh diakses melalui pautan ini. Klik disini

 

Pengguna yang inign menggunakan perkhidmatan atas talian Sistem Koridor perlulah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna. Pendaftaran boleh dibuat pada pautan berikut:

 

- Pendaftaran Syarikat

- Pendaftaran Pengguna

 

 

 

 

 

 

Pendaftaran Syarikat

 

Setiap syarikat penyedia utiliti, jururunding serta syarikat kontraktor yang ingin melaksanakan kerja-kerja penggalian bagi penanaman utiliti dalam kawasan koridor utiliti perlulah mendaftar dengan Penyedia Utiltii. Berikut adalah syarat-syarat yang dikenakan bagi Syarikat yang ingin mendaftar dengan Penyedia Utiliti:

 

  1. Sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat (SSM) atau;

  2. Pendaftar Perniagaan (ROB)

  3. Salinan Borang D dan Form 49

  4. Surat atau sijil lantikan daripada Suruhanjaya yang berkaitan (contoh MCMC, Suruhanjaya Tenaga dsb) atau;

  5. Surat atau sijil lantikan daripada Penyedia Utiliti

  6. Profail syarikat

 

Syarikat yang telah berdaftar dengan Penyelia Utiliti melalui sistem Koridor boleh menggunakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan atas talian yang disediakan melalui portal koridor. Antaranya:

 

- membuat pendaftaran dan permohonan secara atas talian

- membuat pembayaran secara online (menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan pembayaran atas talian)

- menyemak status permohonan

- membuat carian dan kemaskini

- mebuat tempahan atau pesanan

- mendapatkan sebutharga

- laporan serta makluman dari masa ke semasa

svc_daftar

 

Pendaftaran Permohonan

 

Setiap kerja-kerja penggalian bagi penanaman utiliti perlulah mendapatkan kebenaran izinlalu dan permit kerja. bagi tujuan tersebut, pemohon hendaklah membuat permohonan bagi semua kerja-kerja penggalian atau pengorekkan bagi penanaman utiliti dalam kawasan koridor utiliti.

 

Pendaftaran permohonan boleh dibuat melalui sistem aplikasi Koridor secara atas talian. Untuk itu, pemohon haruslah berdaftar terlebih dahulu dengan sistem Koridor bagi mendapatkan id pengguna dan katalaluan. Pemohon yang belum berdaftar boleh mendaftar di pautan berikut:

 

- Pendaftaran Syarikat

- Pendaftaran Pengguna

 

Bagi pemohon yang telah mendaftar dan mempunyai id pengguna, boleh terus ke pautan berikut untuk mendaftarkan permohonan mereka. Untuk login ke sistem Koridor, sila klik disini.

 

Caj bagi setiap pendaftaran permohonan adalah RM30.00.

 

Setiap permohonan yang didaftarkan melalui Sistem Koridor akan menerima satu no rujukan yang boleh digunakan bagi membuat sebarang makluman atau songsongan serta juga semakan status permohonan.

 

Bagi permohonan yang tidak lengkap, pemohon diberikan tempoh sehingga 14 hari bagi memenuhi segala keperluan berkaitan dan dokumen sokongan yang diperlukan bagi mengelakkan permohonan ditolak. Sila klik disini bagi panduan senarai semak kelulusan permit izinlalu dan permit kerja.

 

 

Pautan berkaitan:

 

 

 

 

 

svc_mohon
bottom of page