Notis Hakcipta.
Hakcipta Laman Web PVSB dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan PVSB kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini bolah diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersial dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada PVSB.
Produk-produk lain, logo dan syarikat atau organisasi yang tercatat di dalam laman web ini adalah kepunyaan syarikat atau organisasi tersebut.
Penafian.
Pihak PVSB atau Kerajaan Negeri khususnya atau Kerajaan Malaysia secara amnya tidak akan bertanggungjawab diatas segala kerosakan atau kerugian akibat langsung daripada penggunaan laman sesawang ini ataupun maklumat yang diperolehi daripada laman ini atau mana-mana bahagian daripada laman sesawang ini. Pengguna adalah dinasihatkan agar memastikan capaian yang dibuat melalui laman ini adalah menggunakan terminal-terminal yang bebas daripada segala ancaman virus atau godaman.
Maklumat & Data Peribadi.
Pihak PVSB tidak akan sama sekali mengumpulkan atau menyimpan sebarang maklumat peribadi pengguna melainkan telah mendapat persetujuan serta pengesahan daripada pengguna itu sendiri dan maklumat-maklumat ini tidak akan disebarkan ataupun diserahkan kepada mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan dan pengetahuan pengguna itu sendiri. Namun terdapat sesetengah maklumat pengguna yang akan dihantar melalui pesanan ringkas atau mel elektronik yang membawa kepada pendedahan kepada pihak lain atau dikongsi oleh pihak ketiga serta berada diluar kawalan serta pemantauan PVSB, maka pihak PVSB tidak akan bertanggungjawab keatas hal yang demikian.
Penggunaan ID Pengguna dan Katalaluan.
Sesetengah bahagian pada laman sesawang ini memerlukan pengguna mendaftar sebagai pengguna yang berdaftar dan memerlukan penggunaan kata nama (User ID) dan katalaluan (password) bagi memberikan akses kepada pengguna mencapai laman-laman yang lebih sensitif serta mengandungi maklumat-maklumat yang terkawal. Oleh yang demikian, terdapat laman-laman yang hanya boleh diakses oleh pengguna yang berdaftar sahaja serta memiliki akses yang dibenarkan.